Video Monetize Ninja 468x60
Latest Updates

3 tahap puasa ala Imam Al-Ghazali

Menurut Al-Ghazali Puasa itu ada 3 jenis yakni:

Tahap 1 – Puasa al-Umum iaitu menahan diri dari makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Tahap 2 – Puasa al-Khusus pula menahan lidah, mata, telinga, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa.

Tahap 3 – Puasa Khusus al-Khusus iaitu menahan hati kita daripada memikirkan sesuatu selain daripada Allah.

Langkah untuk mencapai 3 tahap itu:

1. Menahan diri kita daripada melihat perkara yang dilarang oleh syariat.
2. Lebih baik diam atau berzikir dan membaca Al-Quran daripada bercakap perkara yang tidak berfaedah, mengumpat dan sebagainya.
3. Menahan diri dari mendengar perkara yang dilarang syariat.
4. Menahan anggota badan daripada melakukan perkara yang dilarang dan menahan perut daripada berbuka dengan makanan yang haram.
5. Jangan makan berlebihan ketika berbuka puasa.
6. Hendaklah timbul dalam hati rasa takut kepada Allah kerana kita tidak tahu apakah puasa kita diterima ataupun tidak.


Sumber

0 Response to "3 tahap puasa ala Imam Al-Ghazali"

Post a Comment